Saturday, January 19, 2008

Montage masa kahwin Farah dan Rafek

Diambil dari blog http://cknpfordten.blogspot.com/

Dibuat oleh Ezalman.

p/s lepas ni kalau anak aku nak kahwin, boleh jumpa kau untuk buat montage macam ni, boleh ker ?

Sunday, January 13, 2008

Gambar ketika menghantar BaBa Jaleel dan Nya bagi mengerjakan haji di Mekah






p/s jutaan terima kasih kat ayah (uncle rahman) kerana membantu mencari gambar-gambar lama Al-Jaleel

Gambar ketika menghantar Along Nan buat Master di Manila.

Gambar ni ketika hantar Along Nan di Subang Airport, menurut ayah(uncle rahman).



Gambar ni agak penting sebab ramai yang ada mak kepada Nya(nenek), ayah dan mak kepada Busu hussin, Suami Allahyarhamah Along Bibi. Cuba teka



p/s jutaan terima kasih kat ayah (uncle rahman) kerana membantu mencari gambar-gambar lama Al-Jaleel

Perhatian : Al Jaleel

Kepada semua anak, cucu, cicit, piut dan seterusnya, jika terjumpa gambar-gambar lama yang penting-penting sila scan/simpan untuk kita buat archive untuk generasi yang akan datang

Azrul

Saturday, January 12, 2008

Friday, January 11, 2008

Surau Al-Jariah, Bukit Baharu, Melaka

Nama surau ni kalau tak salah saya ialah Surau Al-Jariah. Org Melaka tolong confirmkan nama surau ni. Anyway Jariah ni ada kena mengena dengan DNA kita, soalannya siapakah Jariah ?

Family Tree Al Jaleel

Nota tambahan : sila klik atas imej family tree untuk imej yang lagi besar dan lebih jelas

Tuesday, January 8, 2008

Kek Aljaleel ketika buka puasa kat Melaka, Ramadhan yang lepas

Cik Azlie tengah pasang lilin


Lilin dipasang


Lilin ditiup oleh generasi ketiga Al Jaleel

Gambar Along Nan, Pak Ngah, Uncle dan Busu Husin

ALLAHYARHAM ABDUL JALIL DALAM KENANGAN
OLEH
ALLAHYARHAMAH HASNAH BINTI ABDUL JALIL
PORT DICKSON 2004


Bukit Pulau kisah tertera
Tahun 1920 lahirlah putera
Gembira hati ayah dan bonda
Abdul Jalil dinamakan putera

Kurnia Allah tidak ternilai
Enam putera tiga puteri
Ayahnya posmen ibunya suri
Gigih berusaha kebahagiaan dihajati

Abdul Jalil putera ketiga
Dikalangan saudara gelaran muda
Sejak kecil kuat berusaha
Kesusahahan keluarga tanpa dikira

Bercita tinggi anak muda
Berbekal RM3 berkasut raba
Ke SITC meneruskan usaha
Mendidik bangsa menjadi cita cita

Di zaman Jepun mula bertugas
Susah dan payah perlu digalas
Mendidik bangsa mesti tegas
Pengorbanan keluarga harus dibalas

Tiba masanya berumah tangga
Gadis Bukit Baru yang dipuja
Terikat janji kata mesra
Bersama Jahara hidup bahagia

Kehidupan bekeluarga bertambah ceria
Lahir 3 puteri seorang putera
Kasih sayang disiplin paling utama
Memastikan anak anak mengecap bahagia

Dalam masyarakat berbuat jasa
Politik agama tidak terkira
AJK masjid sentiasa ada
Wang masa khidmat tanpa dikira

Alangkah bahagia rasa dihati
Segala usaha berbuah nanti
Pendidikan menengah puteri diberi
Hingga menjadi umpat dan keji

Rasa berjaya tidak tergambar
Keupayaan anak kian mencabar
Dua anaknya jadi iktibar
Lulusan UM luas tersibar

Bila anak anak meningkat dewasa
Walimatulurus segera diusaha
Hiduplah anak dan pasangan bahagia
Menambah bilangan cucu anakanda

Walimatulurus terakhir untuk putera
Dilaksana dengan penuh gembira
Gazal Muar dijemput serta
Untuk meraikan menantu jelita

Lepas bersara ke tanah suci
Pergi bersama sang isteri
Isteri cepat dipanggil Illahi
Di tanah Madinah tempat semadi

Kembali di sini bersedih hati
Dulu berdua sekarang sendiri
Anak anak semua sudah berdikari
Dicadangkan untuk mencari ganti

Yang pergi tidak kembali
Yang tinggal mesti diterusi
Busu Sena menjadi pengganti
Sebagai isteri dan ibu mithali

Kehidupan teratur bertambah ceria
Lahirlah puteri sungguh bahagia
Tapi tak lama dapat bergembira
Ayahanda pula dipanggil segera

27 tahun telah berlalu
Ayahanda dan bonda sentiasa dikalbu
Hanya doa serta restu
Rahmat Allah sentiasa padamu

Kejayaan anak anak telah berlalu
Tiba masanya untuk cucu cucu
Menita kebahagiaan hidup selalu
Menghubung silaturrahim paling perlu

Tamatlah sudah satu kisah
Pengorbanan mereka tidak ternilai
Kepada Illahi kami berdoa
Agar roh mereka sentiasa diberkati dan dirahmati disisi Allah - Amin

Al -fatihah..

Monday, January 7, 2008

Selamat Hari Jadi to Nazlin!

Semalam 6 Januari 2008 kami pergi ke KLCC utk menyambut hari lahir Nazlin (Cik Lin) yg ke 31. Selamat Hari Jadi & Semoga Panjang Umur!



~ Azlie ~

Pesanan Arwah Acik....

Ini adalah amanat dari acik yg di tulis beliau sendiri kepada saya satu masa dahulu. Acik memang banyak menulis pesanan nasihat kepada kami adik beradik yang selalu memberi pedoman dan panduan. Disini saya ingin panjangkan pesanan acik utk kita semua semoga kita mendapat iktibar dan pengajaran dari nya. Al - Fatihah buat acik. Semoga rohnya ditempatkan bersama org2 yg soleh...Amin..



~ Azlie ~

Sunday, January 6, 2008

khas buat arwah acik

.kadangkala ilham datang di kala perasaan sedih yang melampau menimpa diri dan ini adalah antara yang farah karang.arwah acik kembali ke rahmatullah pada hari jadi farah, so it was particularly sad and ironic at the same time.
from the year 2006, my burfday celebration will also be a day to remember the day acik pergi buat selamanya.
at the end of the day, one cant deny Allah the almighty.
al-fatihah

*tribute to Acik (AL-fatihah)*
21st February 2006

sukar nak percaya acik sudah tiada.
bermimpi aku agaknya... tidak mungkin...
mungkin dya bertukar hospital lagi...
esok lusa keluar la ia...
balik kepada sedia ada..
berkhayal aku agaknya..

tidak mungkin...
wajah tenang itu kembali teringat...
kain putih mengelilingi wajahnya...
oh aku tidak mampu menghampirinya...
aku tidak percaya ini semua...
tetapi acik seperti bersahaja...
seperti sedia menghadapi segala..
seperti redha ketentuanNya..

lantas teringat tika dan waktu....
sambutan meriah di hari jadiku....
pernah dahulu ku sambut di rumah mu..
diiring doa pakngah ,jodoh dipertemu..sihat sejahtera,
aman akhirat dunia.

lain pula waktu ini...
sambutan hiba di hari jadiku...
kini kau sambut kembali kepadaNya..
diiring doa pakngah, ajal dipertemu....
di halal segalanya, aman akhirat dunia.

setiap tawa ada makna tersiratnya.
setiap renungan ada ikhlasnya.
setiap terguran ku ingat sentiasa.
setiap kata ku abadi selamanya

setiap doaku akan ku iring bersamanya...
Allahyarhammah Hasnah binti Abdul Jalil
aL-fatihah*19 Feb 2006

AL FATIHAH UNTUK ACIK

Bila tengok gambar veteran-veteran Al-Jaleel lebih lebih lagi tengok muka mak ngah dan busu enah, teringat kat mak / acik.....Di doakan roh bondaku berada bersama mereka yang berjaya di dunia dan berjaya di akhirat




ALLAAHUMMAGHFIRLAHA WARHAMHA WA’AAFIHI WA’FU’ANHA


Saturday, January 5, 2008

GENERASI ALJALEEL (GAMBAR TERBARU)


Hari tu ramai yang ambik gambar masa ni, boleh tak dapatkan gambar yang terbaik, boleh kita cuci, frame dan bagi kat geng-geng veteran AlJaleel

TEKA DIMANA LOKASI NI, DEKAT RUMAH SALAH SEORANG MEMBER ALJALEEL


Sajer nak testing gambar boleh muat tak ?

Wednesday, January 2, 2008

Family Day 2004

Year : 2004
Place : Glory Beach Resort,Port Dickson

Ni adalah gambar2 yg diambil oleh yeye n abg azli ketika aljaleel mengadakan family day yg ke-2,kali pertama aljaleel mengadakan family day di Port Dickson juga,hotel tak ingatla...hehe...so,enjoy tgk nostalgia kite semua.... :-)




Selamat Hari Lahir

Selamat Hari Lahir yang ke-63 kepada Busu Husin
pada 28/12/2007


Dan juga Selamat Hari Lahir ke-11 buat Amir Hakimi
pada 26/12/2007




Dan juga lagi buat Rabiatul Adawiyah yang ke-2
pada 30/12/2007





(p/s ; sorry tak de gambar baru ,so up yg lame je lah.nanti kalo dapat gambar baru dari kak linda ajoi ganti )

Tuesday, January 1, 2008

SELAMAT TAHUN BARU 2008

To : AlJaleel members, SELAMAT TAHUN BARU 2008, dari kami sekeluarga - azrul, awa, anis, aleeya. saujana utama, sg buloh