Buat masa ni I ada post some pics on my facebook - please click dibawah. Alhamdullilah kami semua sihat, dan puteri kami, Erica, just turned One! InsyaAllah, kami akan membuat sedikit party untuk Erica pada hari Sabtu nanti


Assalamualaikum.... Selamat Datang ke blog family aljaleel...
by Ezalman at 8:19 PM Site : Activities, Dendang Perantau, Keluarga Along
Inisiatif utk mengadakan blog ini dibuat oleh cucu2 Allahyarham Abdul Jalil Baba of Bukit Baru , Melaka, sekitar bulan Disember 2007. Ini adalah disebabkan keadaan globalisasi masa kini yg mengakibatkan keluarga ini berselerak di permukaan planet Allah ini. Keluarga duduk sekampung hanyalah tinggal di dalam bibit2 memori sahaja. Perkampungan elektronik ini adalah utk men eratkan perhubungan antara ahli keluarga. Merangkumi maklumat terkini, gambar2, ucapan2, seloka dan cerita2 keluarga alJaleel.
by:
Allahyarhamah Hasnah bt Abdul Jalil
Port Dickson 2004
Bukit Pulau kisah tertera
Tahun 1920 lahirlah putera
Gembira hati ayah dan bonda
Abdul Jalil dinamakan putera
Kurnia Allah tidak ternilai
Enam putera tiga puteri
Ayahnya posmen ibunya suri
Gigih berusaha kebahagiaan dihajati
Abdul Jalil putera ketiga
Dikalangan saudara gelaran muda
Sejak kecil kuat berusaha
Kesusahahan keluarga tanpa dikira
Bercita tinggi anak muda
Berbekal RM3 berkasut raba
Ke SITC meneruskan usaha
Mendidik bangsa menjadi cita cita
Di zaman Jepun mula bertugas
Susah dan payah perlu digalas
Mendidik bangsa mesti tegas
Pengorbanan keluarga harus dibalas
Tiba masanya berumah tangga
Gadis Bukit Baru yang dipuja
Terikat janji kata mesra
Bersama Jahara hidup bahagia
Kehidupan bekeluarga bertambah ceria
Lahir 3 puteri seorang putera
Kasih sayang disiplin paling utama
Memastikan anak anak mengecap bahagia
Dalam masyarakat berbuat jasa
Politik agama tidak terkira
AJK masjid sentiasa ada
Wang masa khidmat tanpa dikira
Alangkah bahagia rasa dihati
Segala usaha berbuah nanti
Pendidikan menengah puteri diberi
Hingga menjadi umpat dan keji
Rasa berjaya tidak tergambar
Keupayaan anak kian mencabar
Dua anaknya jadi iktibar
Lulusan UM luas tersibar
Bila anak anak meningkat dewasa
Walimatulurus segera diusaha
Hiduplah anak dan pasangan bahagia
Menambah bilangan cucu anakanda
Walimatulurus terakhir untuk putera
Dilaksana dengan penuh gembira
Gazal Muar dijemput serta
Untuk meraikan menantu jelita
Lepas bersara ke tanah suci
Pergi bersama sang isteri
Isteri cepat dipanggil Illahi
Di tanah Madinah tempat semadi
Kembali di sini bersedih hati
Dulu berdua sekarang sendiri
Anak anak semua sudah berdikari
Dicadangkan untuk mencari ganti
Yang pergi tidak kembali
Yang tinggal mesti diterusi
Busu Sena menjadi pengganti
Sebagai isteri dan ibu mithali
Kehidupan teratur bertambah ceria
Lahirlah puteri sungguh bahagia
Tapi tak lama dapat bergembira
Ayahanda pula dipanggil segera
27 tahun telah berlalu
Ayahanda dan bonda sentiasa dikalbu
Hanya doa serta restu
Rahmat Allah sentiasa padamu
Kejayaan anak anak telah berlalu
Tiba masanya untuk cucu cucu
Menita kebahagiaan hidup selalu
Menghubung silaturrahim paling perlu
Tamatlah sudah satu kisah
Pengorbanan mereka tidak ternilai
Kepada Illahi kami berdoa
Agar roh mereka sentiasa diberkati dan dirahmati disisi Allah - Amin
Al -fatihah..
4 comments:
salam...wah,bestnye...yea,tahniah wat erica,happy birthday,bile la nak tgk si comel tu?hehe,kim salam pade family di sana n didoakan selamat selalu...amin...........
canggih la tempat2 tu!!!!! menarik sungguh!!!!!! ...nanti upload lah lagi ...ps happy bday 2 erica from me and cik lin!
happy birthday to erica...ingat pergi tengok masa erica lahir dulu kat taman tun...dah setahun dah sekejap jer.....
man, gambar jordan cantik......best
ahlan wasahlan! Tq for all besday wishes - like Azrul said - masa memang cepat berlalu; tup tup dah setahun! today (at 4pm) we are planning a besday party for Erica - 1st time ever for any of my children so we are very excited! ni pun tgh sibuk bikin door gift for our guests
Post a Comment