Cuma ada cadangan supaya Cucu Baba Jalil membuat sumbangan untuk membaik pulih pusara Baba Jalil. What Cucu-cucu Baba Jalil say ? Ada cadangan ?
Batu Nisan di pusara Allayarham Abdul Jalil






Photographs by YEYE
Assalamualaikum.... Selamat Datang ke blog family aljaleel...






by myberlingobox at 9:56 PM Site : Activities, News
Salam,
Semasa saya 'berluncur air antara jaring', terjumpalah dgn blog ini. Ya, En. Bebe juga seorang beloger! alriteeeey!!!
klik sini utk ke blog bebe!
Semoga blog ini dapat mengubat rindu kalian2 kepada en. bebe yg jauh mengembara dibumi penyu bertelur!
kpd En. Bebe,
diharap saudara dapat memberi email saudara supaya kami dapat menjemput saudara utk menjadi penulis blog aljaleel's ini dan juga masuk dalam yahoogroups. saudara boleh meninggalkan email saudara di comment box dibawah atau emailkan ke al-jaleel@yahoogroups.com atau boleh saja email ke adinda saudara, pengiat sukan en. Ajiiiiiii!!!! pesanan akhir utk hang (dah letih nak bersaudara2 ni!!!)..upload gambar banyak2 and sekiranya singgah kuantan jangan lupa call aku. aku bawak makan kat tanjung lumpur, hang belanja!!!! haha selamat brother!!!!
kpd semua,
esok 170808, jgn lupa tengok badminton olympic final. pukul 840pm. TV tak tau. (info from abg azrul)......
~ azlie ~
by Jingga Studies at 1:53 AM Site : Keluarga Makngah, News
I just posted on my blog about the serangan 'yang tak hendap' di Khartoum tempoh hari. Once again, thanks to everyone for their kind wishes and assistance during those uncertain times
InsyaAllah, kalau ikut perancangan, kami akan balik untuk pertunangan Fyan in August. so hopefully boleh kita berjumpa nanti!
Link : The Attack on ezalman2.blogspot.com
by Ezalman at 5:19 PM Site : Keluarga Along, News
Salam,
Sekarang (1255am 11th May 08 – Malaysia time) tengah berlaku rebellion/ pemberontakkan di Khartoum, Sudan. Saya sedang berhubungan melalui YM bersama Syikin. Mereka sedang ketakutan. Ada kedengaran letupan bomb dan sebagainya….
Sedikit berita yg saya dapat melalui internet…klik
Marilah kita bersama2 berdoa atas keselamatan Ezalman, Syikin and Family.
To Ezalman and Syikin: be strong..and try to stay clam (though surely it must be very difficult and terrifying) …. We are all praying for you, here!
Azlie
by Jingga Studies at 1:02 AM Site : Keluarga Along, News
Inisiatif utk mengadakan blog ini dibuat oleh cucu2 Allahyarham Abdul Jalil Baba of Bukit Baru , Melaka, sekitar bulan Disember 2007. Ini adalah disebabkan keadaan globalisasi masa kini yg mengakibatkan keluarga ini berselerak di permukaan planet Allah ini. Keluarga duduk sekampung hanyalah tinggal di dalam bibit2 memori sahaja. Perkampungan elektronik ini adalah utk men eratkan perhubungan antara ahli keluarga. Merangkumi maklumat terkini, gambar2, ucapan2, seloka dan cerita2 keluarga alJaleel.
by:
Allahyarhamah Hasnah bt Abdul Jalil
Port Dickson 2004
Bukit Pulau kisah tertera
Tahun 1920 lahirlah putera
Gembira hati ayah dan bonda
Abdul Jalil dinamakan putera
Kurnia Allah tidak ternilai
Enam putera tiga puteri
Ayahnya posmen ibunya suri
Gigih berusaha kebahagiaan dihajati
Abdul Jalil putera ketiga
Dikalangan saudara gelaran muda
Sejak kecil kuat berusaha
Kesusahahan keluarga tanpa dikira
Bercita tinggi anak muda
Berbekal RM3 berkasut raba
Ke SITC meneruskan usaha
Mendidik bangsa menjadi cita cita
Di zaman Jepun mula bertugas
Susah dan payah perlu digalas
Mendidik bangsa mesti tegas
Pengorbanan keluarga harus dibalas
Tiba masanya berumah tangga
Gadis Bukit Baru yang dipuja
Terikat janji kata mesra
Bersama Jahara hidup bahagia
Kehidupan bekeluarga bertambah ceria
Lahir 3 puteri seorang putera
Kasih sayang disiplin paling utama
Memastikan anak anak mengecap bahagia
Dalam masyarakat berbuat jasa
Politik agama tidak terkira
AJK masjid sentiasa ada
Wang masa khidmat tanpa dikira
Alangkah bahagia rasa dihati
Segala usaha berbuah nanti
Pendidikan menengah puteri diberi
Hingga menjadi umpat dan keji
Rasa berjaya tidak tergambar
Keupayaan anak kian mencabar
Dua anaknya jadi iktibar
Lulusan UM luas tersibar
Bila anak anak meningkat dewasa
Walimatulurus segera diusaha
Hiduplah anak dan pasangan bahagia
Menambah bilangan cucu anakanda
Walimatulurus terakhir untuk putera
Dilaksana dengan penuh gembira
Gazal Muar dijemput serta
Untuk meraikan menantu jelita
Lepas bersara ke tanah suci
Pergi bersama sang isteri
Isteri cepat dipanggil Illahi
Di tanah Madinah tempat semadi
Kembali di sini bersedih hati
Dulu berdua sekarang sendiri
Anak anak semua sudah berdikari
Dicadangkan untuk mencari ganti
Yang pergi tidak kembali
Yang tinggal mesti diterusi
Busu Sena menjadi pengganti
Sebagai isteri dan ibu mithali
Kehidupan teratur bertambah ceria
Lahirlah puteri sungguh bahagia
Tapi tak lama dapat bergembira
Ayahanda pula dipanggil segera
27 tahun telah berlalu
Ayahanda dan bonda sentiasa dikalbu
Hanya doa serta restu
Rahmat Allah sentiasa padamu
Kejayaan anak anak telah berlalu
Tiba masanya untuk cucu cucu
Menita kebahagiaan hidup selalu
Menghubung silaturrahim paling perlu
Tamatlah sudah satu kisah
Pengorbanan mereka tidak ternilai
Kepada Illahi kami berdoa
Agar roh mereka sentiasa diberkati dan dirahmati disisi Allah - Amin
Al -fatihah..