Perkahwinan Muhammad Ridzuan & Norazita
Tarikh :
29 Mei 2009 (Nikah)
31 Mei 2009 (Hari Berlangsung)
Tempat :
Kediaman Kami di 934-1, Bukit Baru, Kampungku Sayang, 75150 Melaka
Assalamualaikum.... Selamat Datang ke blog family aljaleel...
by Sir Aji at 1:06 PM Site : Activities, Keluarga Makngah, Wedding
Hari tu ramai yang ambik gambar masa ni, boleh tak dapatkan gambar yang terbaik, boleh kita cuci, frame dan bagi kat geng-geng veteran AlJaleel
Beberapa keping gambar dari camera yeye yg canggih wat tatapan semua....hehe,gambar very nice...old school styles...black n white...yeeeeeehaaaaaa...

Ini ada sedikit gambar2 dari camera saya. Maaf, quality gambar ada yg tidak memuaskan. Camera SLR yg Yeye guna (then saya sambung sikit) telah kehabisan battery. Maka, kena tunggu Yeye balik drpd labuan utk men recharge bateri. Gambar2 dari camera tu saya rasa lebih berqualiti ditambahkan lagi dgn Yeye punya shots memang canggih2. Sementara menunggu kepulangan Yeye, nikmatilah gambar2 ini dahulu. (click di gambar utk besarkan)
selepas majlis akad nikah
berkumpul di rumah abg azrul lepas majlis nikah
menanti pengantin sampai. kak linda + kak ecah + kak mas + kak manju
segak bergaya. ayah syikin + busu enah + mak ngah + busu husin
maka tibalah pengantin dgn paluan kompang. (ade kompang besar, double bass!)
very nice pose farah! comel!
menantu yg baik!
anak mithali! saat rombongan rafek pulang. menyentuh hati!
pahlawan baru ku!
keluarga pengantin. sorry angle tak best. best position sudah di bolot oleh the pros. tunggu gambar pro mesti lawa. very well balanced. seriously nice!
hamdan + jila + pengantin. hamdan memang pakar mengendali pelawat utk makan pada hari tu! pada pendapat saya beliau lah paling efficient pada hari tu
al-busu husin + pengantin (kimi sudah mau beat ibunya)
al-uncle rahman + pengantin (nirah masih belum puas utk mengapit!)
al-bebe & al-aji (dua jejaka ranum idaman yg masih belum depetik) + pengantin
azlie & nazlin + pengantin (terlebih edit pulak. Over!)
bersama mr bebe (lama tak jumpa!)
di penghujung majlis...
masih maintain walaupun keletihan....
~ Azlie ~
Inisiatif utk mengadakan blog ini dibuat oleh cucu2 Allahyarham Abdul Jalil Baba of Bukit Baru , Melaka, sekitar bulan Disember 2007. Ini adalah disebabkan keadaan globalisasi masa kini yg mengakibatkan keluarga ini berselerak di permukaan planet Allah ini. Keluarga duduk sekampung hanyalah tinggal di dalam bibit2 memori sahaja. Perkampungan elektronik ini adalah utk men eratkan perhubungan antara ahli keluarga. Merangkumi maklumat terkini, gambar2, ucapan2, seloka dan cerita2 keluarga alJaleel.
by:
Allahyarhamah Hasnah bt Abdul Jalil
Port Dickson 2004
Bukit Pulau kisah tertera
Tahun 1920 lahirlah putera
Gembira hati ayah dan bonda
Abdul Jalil dinamakan putera
Kurnia Allah tidak ternilai
Enam putera tiga puteri
Ayahnya posmen ibunya suri
Gigih berusaha kebahagiaan dihajati
Abdul Jalil putera ketiga
Dikalangan saudara gelaran muda
Sejak kecil kuat berusaha
Kesusahahan keluarga tanpa dikira
Bercita tinggi anak muda
Berbekal RM3 berkasut raba
Ke SITC meneruskan usaha
Mendidik bangsa menjadi cita cita
Di zaman Jepun mula bertugas
Susah dan payah perlu digalas
Mendidik bangsa mesti tegas
Pengorbanan keluarga harus dibalas
Tiba masanya berumah tangga
Gadis Bukit Baru yang dipuja
Terikat janji kata mesra
Bersama Jahara hidup bahagia
Kehidupan bekeluarga bertambah ceria
Lahir 3 puteri seorang putera
Kasih sayang disiplin paling utama
Memastikan anak anak mengecap bahagia
Dalam masyarakat berbuat jasa
Politik agama tidak terkira
AJK masjid sentiasa ada
Wang masa khidmat tanpa dikira
Alangkah bahagia rasa dihati
Segala usaha berbuah nanti
Pendidikan menengah puteri diberi
Hingga menjadi umpat dan keji
Rasa berjaya tidak tergambar
Keupayaan anak kian mencabar
Dua anaknya jadi iktibar
Lulusan UM luas tersibar
Bila anak anak meningkat dewasa
Walimatulurus segera diusaha
Hiduplah anak dan pasangan bahagia
Menambah bilangan cucu anakanda
Walimatulurus terakhir untuk putera
Dilaksana dengan penuh gembira
Gazal Muar dijemput serta
Untuk meraikan menantu jelita
Lepas bersara ke tanah suci
Pergi bersama sang isteri
Isteri cepat dipanggil Illahi
Di tanah Madinah tempat semadi
Kembali di sini bersedih hati
Dulu berdua sekarang sendiri
Anak anak semua sudah berdikari
Dicadangkan untuk mencari ganti
Yang pergi tidak kembali
Yang tinggal mesti diterusi
Busu Sena menjadi pengganti
Sebagai isteri dan ibu mithali
Kehidupan teratur bertambah ceria
Lahirlah puteri sungguh bahagia
Tapi tak lama dapat bergembira
Ayahanda pula dipanggil segera
27 tahun telah berlalu
Ayahanda dan bonda sentiasa dikalbu
Hanya doa serta restu
Rahmat Allah sentiasa padamu
Kejayaan anak anak telah berlalu
Tiba masanya untuk cucu cucu
Menita kebahagiaan hidup selalu
Menghubung silaturrahim paling perlu
Tamatlah sudah satu kisah
Pengorbanan mereka tidak ternilai
Kepada Illahi kami berdoa
Agar roh mereka sentiasa diberkati dan dirahmati disisi Allah - Amin
Al -fatihah..